Saturday, July 6, 2013

Marshmallow Chocolate yang mengiurkan

Assalamualaikum, harini hari ke dua kerja di kedai Cup Cake Ummi, hari ke 8 cuti semester,
banyak perkara yang perlu dimuhasabah dan diminta ampun segera, Allah, sungguh berkata-kata itu sungguh senang daripada  melaksanakannya,

Membelek To-do-list yang berjela, haih, bila nak start buat dan tanda sebab dan sempurna, Allah, sungguh banyak masa terbuang, teringat pesanan seorang Ukhti Iz, "Anti nak sentiasan hamasah dan himmah dalam cuti, ana bagi task ok, habiskan tengok Omar Series dan sambil tu selang-seli dengan baca Raheeq Makhtum (buku Sirah), sure anti akan sentiasa bersemangat dan kurang kefuturannya, ", ok inshaAllah, habiskan Omar Series tu memang ada dalam list. Dan sekarang dah episod ke 13, rasa macam tak puas hati sebab tak kenal watak-watak, memang kena selang seli baca Raheeq Makhtum. Sangat jeles dengan Ukhti Iz, dia sungguh basah dengan sirah, basah di sini bermaksud, her heart melts in kisah-kisah nabi..... Allah berilah aku nikmat itu. amin.

Post ini tentang marshmallow kan,  saja buat headlines, sebab sedang menyusun marshmallow dalam coklat cair yang menggiurkan itu, sedang itu mendengar tazkirah daripada Makcik Ummi, kalau di dengar, ye, macam perbualan biasa je, Makcik Ummi suka cerita pengalamannya jatuh bangun dalam bisnes, tapi satu benda yang sangat dikagumi ialah dia sangat komited dalam menunaikan solat Dhuha dan Tahajud, inshaAllah. Terpegun. Ummi yak bercerita terus (baca:direct) tapi aku mengolah-olah dan mentafsir sendiri brdasarkan  konklusi perbualan. Dan, Ummi kata, "haa, sambil bubuh marshmallow tu berzikirlah, itulah yang kita mampu buat, yang terdaya kita buat"... huuuu,

Mungkin yang kecil-kecil itulah yang menjadi pemberat timbangan amal kita kelak di Hari Mizan, hari perhitungan.

Saturday, June 29, 2013

Salamualaykum Cik TZ

Cik TZ: Waalikumsalam warahmatullah,
bersua lagi ya, patutnya tiap masa kita bersua, tapi kali ni kita memang kena berkepit sepanjang masa tahu.

Cik Naf: huuuu tulah, dah start cuti yang panjang ini, mulalah datang berbagai-bagai anasir yang dulu lama menyepi, ingat dah tak wujud. Ku mahu bersamamu selalu.

Profile: Cik TZ nama popular. nama yang lagi popular adalah Tarbiyah Dzatiyah. eh TD lah kan. apa-apa jelah.


Sunday, April 7, 2013

Cuti, Ini Masa lapangku kah?

Alhamdulillah.thumma alhamdulillah,

Cuti semester tiba lagi. Agenda-agenda yang berjela memenuhi senarai to do list. Moga allah memberkati masa ku. Cuti-cuti ni, pasti dan mesti iman ku teruji. ' Allah akan menguji kamu di titik terlemah antum!' Bait daripada Buku kegemaran Quantum Tarbiyah. whoa. Menakutkan. Tapi itu yang berlaku,kan?. semalam sudah bermula cuti. Dan aku tewas. Tewas dengan diri sendiri. Hipokrit. Menyesal pun tak guna. Yang penting aku mesti gunakan masa yang ada sebaiknya.

Jahiliyah bagi seorang so-called Daie dan Murabbi pun ada. malah kadang-kadang datang tanpa di duga. Pasti general Syaitan dan iblis laknatullah yang membisikkan dengan modus operasi yang berbeza dengan orang biasa, huh. Berazam memberi pengisian Sayonora Jahiliyah pada hadek-hadek tercinta.Hey, kikis dulu karat dihati mu itu Nafisah.

Mahu membuang masa dengan perkara tidak berfaedah, sedang tilawah tidah menggugah, bacaan tidak bertambah, tahajud tidak basah, memberi pengisian rasa macam apa ntah, masih mahu lagikah?
dannn jangan lupa dengan kemurkaan Allah, Allah benci dengan hambaNya yang kata-kata sahaja lebat, tapi amal tak meningkat. Nanges. 61:2 !!

Allah jangan Engkau palingkan hati ini sesudah engkau beri Hidayah.

Amin.
Musafir Cinta Ilahi