Sunday, April 7, 2013

Cuti, Ini Masa lapangku kah?

Alhamdulillah.thumma alhamdulillah,

Cuti semester tiba lagi. Agenda-agenda yang berjela memenuhi senarai to do list. Moga allah memberkati masa ku. Cuti-cuti ni, pasti dan mesti iman ku teruji. ' Allah akan menguji kamu di titik terlemah antum!' Bait daripada Buku kegemaran Quantum Tarbiyah. whoa. Menakutkan. Tapi itu yang berlaku,kan?. semalam sudah bermula cuti. Dan aku tewas. Tewas dengan diri sendiri. Hipokrit. Menyesal pun tak guna. Yang penting aku mesti gunakan masa yang ada sebaiknya.

Jahiliyah bagi seorang so-called Daie dan Murabbi pun ada. malah kadang-kadang datang tanpa di duga. Pasti general Syaitan dan iblis laknatullah yang membisikkan dengan modus operasi yang berbeza dengan orang biasa, huh. Berazam memberi pengisian Sayonora Jahiliyah pada hadek-hadek tercinta.Hey, kikis dulu karat dihati mu itu Nafisah.

Mahu membuang masa dengan perkara tidak berfaedah, sedang tilawah tidah menggugah, bacaan tidak bertambah, tahajud tidak basah, memberi pengisian rasa macam apa ntah, masih mahu lagikah?
dannn jangan lupa dengan kemurkaan Allah, Allah benci dengan hambaNya yang kata-kata sahaja lebat, tapi amal tak meningkat. Nanges. 61:2 !!

Allah jangan Engkau palingkan hati ini sesudah engkau beri Hidayah.

Amin.
Musafir Cinta Ilahi