Sunday, January 31, 2010

bila semboyan nafsu diberikan,,,bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada segala kebaikan!

Salam~~



Satu lagi buku yang amat amat amat bagus.
Bab-babnya pendek-pendek. Setiap bab mepunyai cerita teladan yang amat memberi kesan. Disusuli pula dengan hadis qudsi yang menyentuh qalbu, menampar diri.

Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!!


Cerita orang Eskimo di Antartika memburu serigala menarik perhatian sebagai bahan berfikir. Untuk membunuhnya begitu sukar kerana serigala berjaya mengesan musuh dalam jarak yang jauh dan lari menyelamatkan diri. Mereka punya deria bau yang sangat hebat.


Oleh itu apakah yang dibuat oleh orang Eskimo?Mereka menyediakan bilah-bilah pisau nipis yang sangat tajam.Pisau-pisau ini direndam semalaman di dalam bekas berisi darah haiwan.


Keesokan harinya mereka meletakkan bilah-bilah pisau ini terdedah di tempat laluan serigala. Serigala yang tangkas deria baunya mula terangsang kepada bau darah daripada hembusan angin. Mereka mula menghidu-hidu dan sampai ke pisau-pisau tersebut.


Tanpa bertangguh serigala-serigala itu menjilat bilah-bilah mata pisau tersebut dengan rakus. Setelah sekian lama menjilat, barulah lidah terasa pedih bersangatan. Malangnya sudah terlewat kerana lidah mereka luka terukdan koyak rabak dengan kesan terhiris-hiris.


Serigala malang ini biasanya akan mati. Darah yang tidak dapat ditahan bercucuran keluar melalui luka yang dalam. Bagi yang mampu bertahan pula akan mati kebulurankemudiannya kerana kesakitan yang tidak tertanggung akibat daripada luka parah, lidah membusuk dan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa makanan.

Mari kita fikirkan, serigala itu sudah tentu tidak tergamak untuk menjilat bilah mata pisau yang tajam berkilat. Tetapi keghairahan terhadap bau darah menyebabkan mereka menjilat-jilat tanpa sempat berfikir apapun.


Hakikat yang perlu kita sedari dalam hidup ini adalah banyak sekali perkara seronok dan menghiburkan dan indah pada pandangan nafsu, sebenarnya membinasakan. Contohnya bercouple bercinta sebelum kahwin, melakukan zina (hati, mata, anggota badan) , jauh dengan Allah..semuanya membinasakan..memanglah seronok..macam serigala tu jilat darah..tapi lama-lama hati kita yang akan luka berdarah parah , akibat dosa yang menggunung..


Keghairahan mematikan rasional, membutakan hati lantas melakukan perkara keji.Sentiasalah sedar, tentang bahayanya bujukan hawa nafsu. Yakinlah apabila semboyan nafsu dibunyikan bolehlah memberi ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!!


Saya terfikir, bagaimana rasa ngilunya lidah kalau kita menjilat mata pisau cukur?

Wednesday, January 27, 2010

letak gambar?

dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

salam.
Muqaddimah
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

Peringatan juga buat diriku yang sering lupa…

Thursday, January 14, 2010

Quranic law of Attraction


Author-Rusdin S. Rauf

Publisher- PTS Millenia


Bismillah..bg aku buku ni amat bagus
Bagus.thumbs up!
Buku ni mesti dibaca oleh semua,
Aku kate mesti,
mesti dan mesti
Ntah. Istimewa sangat pengisiannya.
Banyak benda yang aku nak kongsi pasal buku ni,
kalau boleh nak type semula semuanya
Sebab semua best.


Ni sikit pengenalan buku ni.
Buku ni tajuk je dalam english,
Isi semua dalam bahasa melayu
Walaupun penulisnya orang indonesia.
Dalam ruangan bicara penulis,
Rusdin kata yang dia tulis buku ni lepas baca buku
The Secret by Rhonda Byrne, The Law of Attraction-Esther Hicks and ade 2,3 lagi lah
Semua nya pasal Law of attraction.
Kesimpulan Rusdin, Law of attraction ni semua dah ada,
Lengkap dalam Quran dan dah lama diajar oleh
Rasulullah..


Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Law of attraction.
Quranic Law of attraction pulak tuh,
Hoho.
Secara overallnya,
Law of attraction tu macam berfikiran positif lah.
Contohnya kalau kita asyik fikir yang kita akan berjaya, kita berjaya lah.tu la kuasa tarikan/law of attraction. Kalau asyik fikir gagal, gagal lah.
Fikiran kita atau lebih tepat lagi sangkaan kita, adalah doa, doa dalam senyap.
Walaupun banyak masalah, hadapi dengan tenang.
Bukankah Quran dah menyediakan semua jawapan bagi masalah-masalah kehidupan?
Maka, kenapa kita mesti takut menjalani kehidupan?
NIKMATI SAHAJA KEHIDUPAN INI!


Nikmati tu bukan macam take things for granted je.
Lakukanlah yang TERBAIK setiap apa yang kita buat.
Contoh yang dia bagi dalam buku ni
Kita nak solat zuhur,
Kita rehat sekejap dari kerja-kerja seharian.
Nikmati lah saat itu.
Ambillah wuduk dengan sempurna,
Rasakan butir-butir air sejuk ynag menyegarkan
Nikmatilah!
solat dengan sempurna.
Lepaskan beban hidup buat sementara waktu


Buku ni juga amat menitikberatkan soal syukur, sabar dan doa
Soal syukur.
Rasa syukur dapat bantu kita menghasilkan banayak
Getaran positif yang luar biasa.
Rusdin ajar cara hidupkan rasa kesyukuran dalam hati
Ada 3 langkah
1- yakinlah.
Kuatkan keyakinan masa berdoa untuk mendapat keinginan kita
2- Rasakanlah
Rasa dan gambarkan seolah-olah keinginan kita dikabulkan Allah
Apa yang kita nak buat dengan keinginan kita tu.
3- rebutlah
rebut ni macam kita kata dengan lisan apa yang kita inginkan.apa yang kita syukur.
Contoh macam- Ya, Allah, terima kasih ya Allah, aku bersyukur sangat engkau bagi aku rezeki hari ni, hidup yang selesa. Nikmat menggunakan komputer.
Camtulah lebih kurang.


Seterusnya,
Buku ni ajar cara-cara nak doa
Betulke yang kita dok doa hari-hari tu,
Memang keinginan hati kita.
Contohnya kita doa nak berjaya dapat 11A+ dalam spm
Hari-hari dok doa tu.
Tapi betul ke tu keinginan sebenar kita.
Yang akan membuat kita rasa cukup bahagia.
Atau sebaliknya, derita dalam bahagia,
Bertambahnya riak dalam hati..


Caranya ialah doa pada Allah
-Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup ini..
- Ya Allah, apa yang sebenarnya yang engkau inginkan dalam kehidupanku ini..berilah aku petunjukmu..
Jangan bosan dan letih berdoa..


Last skali, dalam buku ni ajar kita cara berinteraksi dengan quran
Quran mesti kena baca.
Baca beserta maknanya.
Walau sesibuk manapun, bacalah satu ayat.
Dan fahami maknanya.
Bagi merasakan kelazatan quran,
Sebaik-baiknya bacalah quran sebelum memulakan hari-hari kita.
Bacalah quran pada waktu pagi, sebelum subuh.
Waktu terbaik.
Sebab kita baru bangun tidur.
Masih segar.
Tapi sebenarnya tiada waktu khusus bagi baca quran.Boleh baca bila-bila masa.
Bagi yang uzur tu, bacalah terjemahan.


Gunakanlah doa-doa yang ada dalam quran,Contoh
al-a’raf:23 dan 89, maryam:4 dan 5,
Sesiapa yanag membaca quran hati jadi tenang, positif
” Jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa.
Janganlah akmu mencari kesalahan orang lain,
Dan janagnlah anatara kamu yang memburuk-burukkan yang lain”. Al-hujurat:12.


Kerjakan solat malam.
Bangunlah pada waktu rahmat ini.
Kerana ini amalan kebiasaan orang soleh.


Juga waktu antara magrib dan isyak,
Sabda nabi: Sesiapa yang mengurung dirinya did dalam masjid anatara magrib dan isyak, tanpa mengucapkan sesutau, keculai solat dan bacaan quran, Pasti Tuhan dengan kasih sayangnya dan kemurahan hatinya mendirikan baginya dua istana di syurga, Jarak antaranyanya seperti jarak seratus thaun. Ditanam jug apohon-pohon di sepnjang jarak sejauh itu.


Huu..banyak lagi yang tertinggal ni.
Ini hanya sekelumit dari buku The Law of Attraction ni
Nasihat aku, ambillah mana-mana yang baik.
Then, kalau ada kesempatan,
Bacalah buku ni.
Hendak seribu daya kan?

Wednesday, January 6, 2010

novel~~ MIKHAIL.



Novel Mikhail

Genre- Thirller
Penulis- Ramlee Awang Murshid
Penerbit- Alaf 21


Memang thriller.
Pasal bunuh-bunuh.
Bunuh lagi.
Tapi citer ni ajar aku satu benda
Iaitu
Bersyukur!
Mesti bersyukur ade family.
Ade abah, ibu, kakak, adik-adik.
Terima kasih tuhan!

Tapi cerita ni memang best,best sangat.
And ending dia, touching,
Romantik!!
Ehhee..

Novel- Warkah cinta berbau surga~~~~


Novel warkah cinta berbau syurga
Selepas wardah pergi.
Balqis hadir ke sisi..

Namun..
Perlukah dia menyendiri?
Hingga tiba jemputan azali


Genre- cinta islamik
Penulis- A. Ubaidillah Alias
Publisher- PTS Millenia


Lepas habis bace novel ni
One word.
Best.
Tu je.
Mula-mula menyelak halaman prolog,
Disajikan dengan surat yang memang high class bahasanya.
Berbunga-bunga.
Dari Amir buat Wardah.
Mula-mula aku tak lah expect yang novel ni best.
Sebab bahasa dia bunga-bunga sangat.
Lagi satu cover dia tak cantik pada aku.
Tapi mane boleh
Judge a book by its cover kan.
Cerita ni berkisar pasal budak kelantan. Budak maahad.
Namanya Amir Mukhlisin. Handsome.

Pertama
pasal biah Hafiz quran.
Mereka amat tekun mengulang.
Dush-dush
Bertalu-talu tumbukan tepat ke mukaku.
Kerna aku seorang yang kurang rajin mengulang quran yang dah dihafal.
Sedih mengenang nasib diri.
Mesti berubah!!


Kedua
Ade hadis yang aku take note dari novel tuh.
Ustaz raziq nasihat si Amir ni.
- Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, nescaya Allah akan mengajarkannya perkara yang dia tidak ketahui lagi.
- Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan sekalipun dibuat sedikit-sedikit.
Dush-dush buat sekian kalinya.
Tepat terkena pipi tembam ku.ohoh.
Kerna diri ini selalu hangat-hangat tahi ayam dalam ibadah sunat.
Ayuh teman.
Mari istiqamah dalam perkara kebaikan.
Lagi-lagi perkara sunat
Yang senang-senang mari jadi amalan setiap hari

Contoh macam solat tahajjud, solat dhuha , mathurat, solat hajat


Novel ni banyak menyorot latar mesir.
Sebab si Amir ni belajar kat mesir.
Agak detail lah pasal mesir.
Along! Novel ni sesuai gitu untuk awak!!

something to do with the holidays

Masa di maahad beberapa minggu dulu,

ustaz hijaz pesan.
Kalu ade blog, bagi la dia bermanfaat untuk orang lain.
Fikir.
Diriku ini tak la reti sangat nak post tazkirah buatan sendiri.
So lepas fikir dan fikir.
Aku mesti buat sesuatu.


Then timbullah idea untuk mengajak teman2 yang ade membace blog ni
Untuk mengambil sedikit sebanyak ilmu yang telah ku dapat dari
Buku-buku yang aku baca dalam masa cuti nih.
Kalau korang tak de buku ni pun
At least korang dapat la tahu and ambil pengajaran sikit-sikit.
Sekadar ingin menyampaikan ilmu yang aku dapat.


Range buku yang aku bace banyak,
Tapi mostly novel lah
Tabiat itu amat sukar dibuang.
Tapi kini memaksa diri untuk bace buku yang agak high classnya.


Untuk novel,
Aku janji, aku tak kan citer keseluruhan plot cerita.
Yelah mane tahu, kawan-kawan mahu bace novel tuh.
Nanti hilang lah curiosity terhadap cerita tu kan
So aku akan coret sedikit sebanyak pengajaran n ape-ape yang bestlah.






Friday, June 5, 2009

::al utlah jameelah::

taman negara floating restaurant
floating restaurant

passionate faraulah's heart

in the creepy spm seminar in amansari...
amansari view..
lil adorable tarzan in the taman negara,,,
wonderful vacation..
the fear factor canopy walk..soo height
boat riding..
SALAM~~
..so little time so much to do..this hols i feel like i'm enjoying myself soo much.. after exam mayb..but the real major exm are creeping by day by day..now it almost few months away..sometimes i feel like giving up..spm subject is too tough.kind of.pails of tears dropin' by.tension?.but my lovely sister said that..

the moment of failure begins when start to feel like we cannot do the things..
the moment of exhilaration begins when we rise up and overcome the fear..

VACATION~~~~
for this semester hols i just be given one from two weeks holidays..aaa..now i can deal with dat..dah biase..so after the seminar of the creepy spm at the amansari in kuantan in the beginning of the hols..i went back to my temerloh and the day after that my dad took me and fam for a vacation in taman negara.at first i feel like tired of camp. but when i be there my mind was programmed to like the taman negara because it so cool. we stayed at the rainforest resort, for 3 days and 2 night..theres soo much fun . canopy walkway, rapid shooting..jungle tracking.you know go jungle tracking with family is so much fun.

REAL BOOK FOR REAL MUSLIM~
for this holiday i had read this so fun-filled amazing book by ustaz hasrizal, or you know who..saiful islam..the title is 'rindu bau pohon tin",,i think this is the must read book of student..it touch my heart and urged my tear to rolling down.. it tell me how i should behave like a muslim stedent.especially malay student who had all the things..like books, money, schools, hostel, tables, friends..but why we cannot be like muslmin stedent? tak cukup lagi ke? this is call kufur nikmat..

THE QURAN~
we at the maahad will having a quran test for juz 1 till 4.. it hard for me..tough..but i'll do my best..because i not kind of masyi student..huuu..so now i is repeating the juz 3..quite easy than juz 4.. but i believe..this is the holy quran.. this is the God words,, to keep the words in our chest is so challenging.. must keep our senses everytimes...i begged who read this please pray for me..

I LOVE TO SING~~
for this holiday i'm glad that i 'd found this great song..by zain bikha title my mum is amazing and flowers are red..soo touching...
SO LONG AND HAVE A GOOD LIVE~~

so i think just dis for now..soo much to do next.. ya muqallibal qulub..tsabbit qulubuna 'ala dinik wa 'ala to 'atik..i love all of you who reading this lillah.. <3>

Friday, January 2, 2009

last day of holiday

salamun alaik..
esok mahu berangkat balik ke kuantan..dengan membawa seribu satu semangat dan harapan serta cabaran..huhu..kehidupan form 5 akan bermula..perjuangan quran akan diteruskan..perjuangan akademik takkan di sisihkan...
nadrah berkata lagi padaku sebagai pemankin semangat hafizah...
"jangan sekali2 tinggalkan quran..kerana jika sekali kita tinggalkan quran..berkali2 ia akan tinggalkan kita,,,"
ini lebih kurang sama dengan
"selangkah kita mendekatkan diri kepada Allah..10 langkah Allah dekat dengan kita.."
-sigh-
baru sebentar tadi aq online nih semata2 untuk melihat blog sahabat aq nih. prof el-karaqi. then terserempak dgn seorang hamba Allah di ym. kawan lama boleh dikatakan. kwana di khairiah. dan berlainan jantina. seorang skinheads. lama juga kami berbalas ym. Tentang byk perkara. Hal- hal politik dunia pun ade. Then dia ni memang da cam give up nk berubah. His life is skins. dan dulu dia pernah citer kat aq pasal sejarah skins. ade yang baik dan jahat..hmm?
Then satu yang aku amat kagum dengannya..dia amat caring kan Islam..dia amat cintakan Islam....Pengetahuan amnya amat luas..dia boleh berhujah pasal agama dan politik,,kagum...
sebahagian perbualan kami..
m : ko bdak2 tahfiz..
m : aku harap..
m: ko selamatkanlah islam..
m: aku suke tgk bdak2 tahfiz..
m: sbb aku ni bkan kalangan diorang..
m: dan dorang penyelamat..
w: ko tk nk slmtkn islam ke?
m: aku ni??
m: haha
m: ko tau x..
w: ye
m: premitif seorang melayu?
m: yg melihat pd pangkat dan pelajaran..
m: daripada kata2 berguna..
w: huh
m: ko nak tau..
m: orang inggeris..
m: amek kata2 hitler..
m: seorang dktator..
m: yg kejam..
m: kalau nak ikutkan orang melayu..
m: smpai mati x kan amek kata2 si hitler tu..
m: walaupun berguna..
m: diorang nak mesti..
m: yg berpangkat..
m: doktor2..
m: ustaz..
m: walaupun..
m: ustaz tu terpesong..
m: mcm baru2 ni yg berlaku..
m: seorang pensyarah syariah islamiah..
m: dlm hukum fiqh..
m: telah memsongkan ramai orang..
m: dan dari situ..
m: aku dapat buat satu solution..
m: tntang isi kepala premitif seorang melayu..
m: kalau aku bercakap pot pet pot pet macam ni..
m: siapakan mahu dgr?
m: aku ni siapa?
m: just a Skinheads.
m: hahhaa
w: sbb ko think you are like that
w: aq ske la the way u think..
w: ko bgus aa..amik tahu bnda cm tu
m: hahhaa
m: ntah laa fisa oii..
m: aku nak perjuangkan sesuatu..
m: aku kena completely..
m: 100% ubah diri aku..
m: x pun..
m: aku pakai jer jubah..
m: haha
m: so..
m: aku menharap pada orang2 tahfiz..
m: macam korang..
m: aku tgk orang2 yg berdakwah..
m: sejuk hati aku..
m: walaupun aku x mampu..
m: at least..
m : diorang tampil..
m :fisa2..
aq w and hamba Allah ni m. aq byk berdiam diri dan membatu membace msg dia. aq tak tahu nk kate ape..ternyata ilmu dakwah ku sedikit..amat sedikit sekali..ilmu untuk menggemilangkan Islam tiada,,sedih...aku rase amat sedih sekali dgn kekurangan diriku..pesannya suruh kita selamatkan Islam...
dan same2 la kita doakan hamba Allah ni kembali ke jln yang benar,,dan doakan juga hati2 kita ni yang tak tahu di jalan yang betul atau lurus....
akhirul kalam..aku bersyukur kehadrat ilahi kerana mendapat 9a1 1a2 dalam sma..alhamdulillah..wasyukrullillah...diharap teman2 aku doakan aku,,,
this-iluvuall fillah..special for ibu, abah, along(mis you), ya, mi, awwin, nur, jue, kina, miera, hani, zeeya, afif, akeem, waheeda, shafira, izzati, adeebah, syafiah, farah atirah, farah atiqah, yasmin, afifah, nisya, husna, faezah, zahrah, ummu, muiz, elkaraqi, and all yang sudi menjadi sahabat aq..
assalamualaikum..

Wednesday, December 31, 2008

Quran vs akademik....=.=

salam..i've just change my blog layout..and that too pink..huuh..whateva la..

semalam chat dengan nadrah..dia hafizah..and..dia da hafaz 10 juz..terer..
aq nih..hmm..ntahla..
satu je kate2 yg dia bg kat aq..
and aq akan pegang kata-kata tu..

"budak cemerlang akademik selalunya jaga quran sungguh2"
"masyi quran, masyilah madah2 lain.."

and lepas chat dengan nadrah aku mula tersedar..yang selama ni kat maahad (bukan maahad salah, aku la) tak de la tekan kan quran sebegitu rupa macam dekat IQ.(institut quran)..mungkin kat MTNP(maahad tahfiz negeri pahang) nak balancekan antara quran dan akademik..mereka kat IQ must ngulang 5 juz sehari..and dkat maahad? ikut kami lah..memang la disuruh tapi takde exam so, tk la ngulang semasyi2nyer..huhu..

oh lupa hari ni first jan..aku dah menjadi form 5..huhu not my birthday. birthday aku takde tahun nih..2012 baru ade? huhu..mse tu umo da 20..tua tuu..

berbalik pade topik..aku akan fokus quran dan juga akademik sekaligus..saminn ya rabbal a'lamin..sekarang ni tengok ramai sangat budak dapat straight A..kan? pmr je dah berapa ribu..

Friday, December 26, 2008

assalamualikum..selamat bercuti..hehe

assalamualaikum and bismillahirrahmanirrahim.. ahlan wasahlan kpd sape je yg sudi jenguk blog ni..sebelum cter pnjg meh tgk pic2 skit.. poster yg amat comel,..dedicated to me, along and kwn2 yg lain..

dis is my art work..ok la..mish you all..

bas maahad hari last day of form 4..a tribute to en. azhar..
ni pic ibu kat mekah..dak2 arab tu jual tasbih..comel.

the kaabah..mse ni sblm haji..lengang lah..

ni taim haji..packed..abah kate klu mls jln pun kita akn gerak gak cuz org tolak..i'mwondering...

salam...
mmg amat lame sudah tak ber blog nih..almaklumlah cuti berape kerat je kat maahad ni..lagi2 pulak tak balik rumah..mmg amat byk perkara yg pahit dan manis berlaku,,biasalah perencah hidup..hehe..
post yg sblm ni is perang sma..emm dah lame da perang tu berlalu,,,hamdallah dpt jwb..tpi ntah la..doakan jela..result ni tak lame lgi..skng baru je stat cuti untuk akhir tahun..lgi smmgu je nk msuk form 5..
amat cuak..ye la..silibes tak abih lgi..ntah la cmne,,tapi abah slalu pesan jgn kate takut...life goes to those who say yes..tu kate2 yg dr zzul bg special kat aq..dia tenung mataku mse nk bg kate2 tu..huhuu.. along lak kate jgn mengalah sebelum berjuang..huhuh

banyak buku2 aq bwk blik umah..nak buka buku chem smlm..abah kate for this 3 day.jgn study ape2..i'm shocked abah ckp cmtuh..but why? abah kate now learn how to study..study smart..tapi sempat ke aq nak catch up dlm mase just one week?huhuh..abah kate boleh..buat perlahan2.. believe in yourself..so now aq kne abiskan bku the secret..bku reach to the top by zig ziglar, buku ultimate of mind maps by tony buzan and satu buku belajar cara belajar..huh..byk..

hemm,,ade org kate aq hipokrit? am i? mmg aq in crowd aq nmpk snyp..tpi try not to judge the book by its cover pliss.. dulu mmg la zaman jahiliyah..semua org bleh berubah la..and aq harap perubahan aq ni diredhai..this speech is very special dedicated to pam. Puak Amat Melampau.

abis cte sal hipokrit tu....hamdallah..abah n ibu and tok selamat smpai klia hari ahad lepas..terubat sgala rindu kami..rindu abah,rindu ibu, rindu tok, rindu umah..hehe sbb spnjg abah n ibu gi kitorng duk umah makcik and pakcik kat jengka and panching...

nak minum air zamzam and makan kurma..dialu2kan dtg rumah..huhu..sekarang tgah chat ngn along yg ade kat mesir..byk dah isihati kuluahkan pdnya.hehe..kalu rajin gi la ziarah blog nye..bicara atmaku..

this paragraph is special to nur..aq nak kate terimakasih sgt2 sbb ko anggap aq best fren ko..walupon kta tak pnah jmpe..ko slalu kat yg ko syg sgt2 kat aq..terharu taw..T.T... ko slalu ade ble aq on9..inSyaAllah kalu ditaqdirkanNya kita dpt jmpe..aminn..

hhuhh..tak sgke aq tulis sepnjg nih post aq..ehe..kalu ade mse lgi aq update..thnak to ayeez yg bila aq on9 ko trus buzz aq..hhuhu..tapi sory aq tak dpt join conf tu..n slm perkenalan kpd adli..

tillthen..aq harap ape yg aq tulis ni tak lagha kan aq..ya muqallibal qulub tsabbit qulubuna 'ala dinik wa 'ala to'atik..