Novel yang sangat best. Bisa membuatkan ku menitiskan air mata keinsafan kerana cinta pada Nya dan pada ibu bapa.
Saya tidak melihat akan siri drama Stanza Cinta di TV3 jadi tidak tahu samakah impaknya dengan membaca novel ini.
Ditulis oleh seorang akhawat bernama Nurul Hallawati.Dan betul apa yang yang ditulis oleh penulis di tagline novel ini " penulis menterjemah melodi cinta yang mampu membuat pembaca minitiskan air mata cinta padaNya"
Satu benda kena ingat. Kita baca novel islami untuk dapat input. Tak kira lah orang kata best atau tak, perlu buka hati, dan kalau ia nya dibaca dengan hati yang tertunggu-tunggu, mana-mana part yang buat aku nak nangis ni, mana bestnya novel ni? kadang-kadang kita takkan jumpa dan rasai nya.. Sebab kadang-kadang ada part yang sentuh hati sesetengah orang sahaja. ada part yang orang-orang tak tersentuh hati pun sebab expectation terlalu tinggi.
Seperti biasa saya takkan cerita tentang cerita Stanza Cinta ni macam mana nak tahu baca sendiri. hehe, tapi saya nak kongsikan apa yang saya dapat dan yang sangat terkesan di hati InshaAllah.
1) Jika sehari tak banyak buat pahala pun.. jangan lah buat dosa.
2) Jika kamu letakkan hatimu diakhirat pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redhaNya. Tetapi jika kamu letakkan jiwamu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yang tak berkesudahan\
3) Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala... daripada hidup berdua tetapi mencetus dosa ke neraka..Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya.. daripada dikelilingi lelaki yang mencemar maruah diri.
4) satu bait-bait indah yang dinukilkan penulis:
- Bersihkan jiwamu,
pasti tuhan akan membantu,
orang yang bersih hatinya,
sentiasa rendah diri dengan Allah,
sering sahaja berbaik sangka dengan tuhannya,
Jika mendapat ujian kesusahan,
hatinya berkata "kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukum ku kerana dosa-dosaku"
"Moga-moga aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dasyat"
Tatkala dirinya mendapat nikmat
Dia berasa malu dengan tuhannya
kerana dia berasa tidak layak menerima nikmat itu
marilah kita mejadi seperti itu. inshaAllah.
Baca novel, baca novel juga. Buku manual kita (quran) yang terlalu best itu jangan di lupa.