Sunday, February 2, 2014

Beristiqamahlah wahai diri

Bismillah,
Satu kata. istiqamah..yang mudah diucap, tetapi sukar di amalkan. Tadi scrolling facebook, tejumpa satu gambar seorang ukhti dengan bisnes feltnya, aku tersentap, aku sangat mempunyai passion yang tinggi dalam perniagaan, tapi kenapa masih tak berjaya, banyak sudah perniagaan yang aku ceburi tapi tidak berjaya. Nak listkan ke, hehe banyak, dari sekolah rendah lagi ..

Satu sahaja yang boleh dikatakan kepada diri ini, aku sukar untuk fokus dan membuat yang terbaik dalam apa yang aku ceburi.. sedih sangat dengan kelemahan diri. Setiap kali berfikir tentang bisnes aku akan rasa semangat tapi bercampur dengan rasa takut untuk hadapi risiko perniagaan..Kemonlah Nafisah, bangkit, kata seorang mukmin, mukmin kan perlu pada hamasah yang tinggi..sentap.

Jadi, cuti semester yang berbaki ni, ada lebih kurang dua minggu ni, nak habiskan stok felt yang ada dengan membuat something yang boleh menjana pendapatan, dan buka sem nanti inshaAllah akan jual tudung Cotton Mesir yang super best tak yah gosok tu..

tentang bisnes Tupperware, aku memnag dah ceburinya tapi hanya main-main, sekadar membantu ibuku, jika ku buat sepenuh hati , inshaAllah boleh bejaya, cuma aku dah tak semangat sangat dengan MLM ni, tak tahu kenapa.


Ini printscreen yang sentap lagi, bersangka baiklah, fikir yang positif..boleh follow instagram ukhti Lina dengan Feltnya :) jazakillah ukhti


Moga Allah redha semuanya...
Moga Jadi Jutawan untuk Islam...

Nafisah
6:19pm
2/2/2013





1 comment:

Atiqah said...

moga istiqamah menulis blog :)