Tuesday, August 9, 2011

Contengan Jalanan yang telah menconteng hati sebagai hamba Ilahi


Contengan Jalanan. Fuh. Sangat best.
Gaya bahasa yang sempoi dan menyiat kalbu.menampar nafsu. Ok saya  akan kongsikan apa intipati yang bagi ana sangat best pada buku ini.
Mengisahkan kisah Fend dan K2 yang berubah ke jalan yang lurus yang mengenal erti dia dicipta di dunia ini.


Kisah ini juga membawa saya untuk menyedari bahawa hati tu Allah yang pegang. Ye Kadang-kadang kita sangat teruja dengan ilmu yang kita baru dapat. Especially ilmu tentang Islam. Tapi kadang-kadang bila kita cerita betapa bestnya ilmu itu pada kawan kita. Diorang tak dapat feel macam kita feel. Ya. Kita kena usaha. Allah yang pegang hati dia. Hati kita.





Saya suka mengambil kata-kata yang digunakan oleh Hlovate.






The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.!!!.... yaaaaa. Mati itu bila bila. Saya ulang bila-bila.


Dan Hlovate ajar saya tentang Quran. ya Saya petik satu part yang membuatkan saya terkesima.Hati mengangguk-angguk tanda setuju.

"Baca Quran ni patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ni kena ada feel. Kalau tak tak bawa makna apa pun. "
Fend sengih kelat.
"Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak." Akmal senyum segaris. "Kalau  baca quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi watak putih tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata 'akulah orang yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman...' wahai orang mukmin..
Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yg akan diberi balasan syurga dengan nikmat yang tak ada limit tu? Betul amal kita cukup nak jadi orang-orang yg berhak dpt nikmat tu?
"Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam' Bayangkan yang diri kita la orang yang akan diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. Bayangkan lah kita orang yg kena azab. Baru lah kita berlumba-lumba nak lari daripada jadi golongan tu.
"Kita ni kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la 'watak putih', sedangkan amal kita nak melayakkan diri jadi watak kelabu pun tak cukup qualification.





....... kan-kan?..huuuuu..




Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara. Hingga kadang terlupa diri hendak ke mana sebenarnya.



 special thanks to kak alin because lend me to borrow this book.Jazakillah khiral jaza'.and really hope  I own it myself.


Dan banyak lagi Hlovate ajar. tapi nak tahu sendiri and feel. Baca lah sendiri ya. ^^

yuk baca quran!!





3 comments:

adysuR said...

Kan. Sangat best. Mengusik jiwa.

ammar said...

nk cri kat ne bku nie??pe tjok bku nie???

..Wardah Biru.. said...

masih tercari-cari novel ini di tempat sy...belum ketemu..!_!