Tuesday, May 4, 2010

Duhai Hati

Bismillahirrahmanirrahim, segala nya kerana Mu ya Allah.

Duhai hati


Sudah hampir beberapa hari hati bergolak, tak tentu hala, tidak keruan. Putus cinta? Mungkin. Menjauh dengan Cinta Nya. Ya Allah. Hati makin tidak tenang. Apa yang dibuat, tidak dirasai kenikmatannya. YaAllah, ampunkan dosa yang menghijab hati ini.

Berusaha dan terus berusaha, meraih cintaNya. Mungkin banyak perkara melalaikan yang menjadi penyakit hati lantas lama kelamaan menjadi barah yang menghijab hati ini.

Masa lapang adalah satu nikmat, juga ujian. Nikmat masa lapang selalu disia-siakan, Ya, aku akui, masa lapang ku ada sedikit sebanyak ku isi dengan perkara yang jelas tidak berfaedah. Terlalu suka menonton Awan Dania, juga Hi-5 yang amat menjadi kegemaran. Perlu di ubah segera.

Usah putus asa

Iman itu bertambah dan berkurang, berusahalah supaya ianya sentiasa bertambah.
Ya, akan terus berusaha. InshaAllah. 

Sahabat dakwah kesayanganku  Fakhrina Alia memberi nasihat; “usaha untuk hati special kes. Usaha jangan dihentikan dan tawakkal perlu diselitkan

Kata beliau lagi; “mari berdoa: Ya Allah hati kami milikMu. Kami tidak mahu hati ini berpaling dari Mu walau sesaat pun. Tenangkan hati kami dalam mengingatiMu. Kami serahkan hati kami padaMu”


Nasihat Along

Angah, penuhi masa betul-betul, jaga iman, jangan bagi jatuh teruk. Kalau rasa mcam nak jatuh tu cepat-cepat naikkan semula. Banyakkan baca quran, qiammullail.

Angah, kita tak tahu bila kita mati

Angah, doa selalu moga hati itu tenang dan senang tersentuh dengan sapaan-sapaan iman.

Hidayah kompas kehidupan


Majalah Solusi isu no 12, Sekadar berkongsi sedikit mutiara berharga dari majalah tersebut,

Hidayah taufik adalah hidayah teratas dan paling berharga sekali,
manusia kan mendapat kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang telah diketahui dan dipelajari

Tanpa hidayah ini manusia akan dimurkai Allah selaras dengan firmanNya yang bermaksud, 

Amat besar kemurkaan di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.”(Al-saff 61:3)

Jika mencari InsyaAllah jumpa

perlu buat sesuatu. Ya mesti buat sesuatu.
Lantas terjumpa video ini ceramah dari ustaz Aagym tajuk membersihkan hati. Terima kasih juga pada ina yang mencadangkannya.

Juga laman web Langit Ilahi yang sedikit sebanyak membantu hati ini, dengan artikel yang bertajuk Iman yazid wa yanqus.



sekadar perkongsian, Nafisah

Sunday, April 25, 2010

alhamdulillah, Ya Allah


Assalamualaikum. Memang agak lama tidak mengemaskini kan bicara ini. Mungkin ketandusan idea, dan  ada juga sedikit rasa kurang rajin.  Ya Allah, hindarilah diri ini dari sifat malas. T.T
Tetapi memandangkan blog ini juga satu amanah dan atas desakan hati kecil, InsyaAllah akan cuba  memanfaatkan peluang ini.
Apa sahaja yang kita lalukan, berbaliklah pada Allah. Apa sahaja. InsyaAllah
Disini juga ingin berkongsi sedikit sebanyak mutiara kata dari buku terbitan PTS= Imam Syafie, Pejuang Kebenaran.

Amat bermanfaat, bagus sangat, banyak perkara yang terkesan dihati. Ya mungkin kita semua bermazhab kan Imam Syafie, tetapi adakah kita kenal beliau? peribadi beliau? riwayat hidup?
 Jadi di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua, bacalah buku ini. Bacaan yang santai, tetapi amat bermakna, penuh dengan hikmah dan manfaat.
Ada banyak pesanan untuk hati di garap oleh penulis dalam buku ini, mari kita berkongsi;
Pesanan untuk hati 1= Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin, kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
Pesanan untuk hati 2= Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk, Perbanyakkan menyebut akhirat daripada mnyebut dunia.
Pesanan untuk hati 3= Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
Pesanan untuk hati 4= setiap apa yang kita lakukan, perlu difikirkanfaedahnya supaya tidak menjadi sia-sia.
insyaAllah saya akan berkongsi lagi pesanan-pesanan untuk hati yang lain lagi kerana masih dalam proses membaca dan mencedok segala ilmu dari buku itu lagi., insyaAllah. Ini sahaja buat kali ini.



Sunday, April 11, 2010

Sunday, January 31, 2010

bila semboyan nafsu diberikan,,,bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada segala kebaikan!

Salam~~



Satu lagi buku yang amat amat amat bagus.
Bab-babnya pendek-pendek. Setiap bab mepunyai cerita teladan yang amat memberi kesan. Disusuli pula dengan hadis qudsi yang menyentuh qalbu, menampar diri.

Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!!


Cerita orang Eskimo di Antartika memburu serigala menarik perhatian sebagai bahan berfikir. Untuk membunuhnya begitu sukar kerana serigala berjaya mengesan musuh dalam jarak yang jauh dan lari menyelamatkan diri. Mereka punya deria bau yang sangat hebat.


Oleh itu apakah yang dibuat oleh orang Eskimo?Mereka menyediakan bilah-bilah pisau nipis yang sangat tajam.Pisau-pisau ini direndam semalaman di dalam bekas berisi darah haiwan.


Keesokan harinya mereka meletakkan bilah-bilah pisau ini terdedah di tempat laluan serigala. Serigala yang tangkas deria baunya mula terangsang kepada bau darah daripada hembusan angin. Mereka mula menghidu-hidu dan sampai ke pisau-pisau tersebut.


Tanpa bertangguh serigala-serigala itu menjilat bilah-bilah mata pisau tersebut dengan rakus. Setelah sekian lama menjilat, barulah lidah terasa pedih bersangatan. Malangnya sudah terlewat kerana lidah mereka luka terukdan koyak rabak dengan kesan terhiris-hiris.


Serigala malang ini biasanya akan mati. Darah yang tidak dapat ditahan bercucuran keluar melalui luka yang dalam. Bagi yang mampu bertahan pula akan mati kebulurankemudiannya kerana kesakitan yang tidak tertanggung akibat daripada luka parah, lidah membusuk dan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa makanan.

Mari kita fikirkan, serigala itu sudah tentu tidak tergamak untuk menjilat bilah mata pisau yang tajam berkilat. Tetapi keghairahan terhadap bau darah menyebabkan mereka menjilat-jilat tanpa sempat berfikir apapun.


Hakikat yang perlu kita sedari dalam hidup ini adalah banyak sekali perkara seronok dan menghiburkan dan indah pada pandangan nafsu, sebenarnya membinasakan. Contohnya bercouple bercinta sebelum kahwin, melakukan zina (hati, mata, anggota badan) , jauh dengan Allah..semuanya membinasakan..memanglah seronok..macam serigala tu jilat darah..tapi lama-lama hati kita yang akan luka berdarah parah , akibat dosa yang menggunung..


Keghairahan mematikan rasional, membutakan hati lantas melakukan perkara keji.Sentiasalah sedar, tentang bahayanya bujukan hawa nafsu. Yakinlah apabila semboyan nafsu dibunyikan bolehlah memberi ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!!


Saya terfikir, bagaimana rasa ngilunya lidah kalau kita menjilat mata pisau cukur?

Wednesday, January 27, 2010

letak gambar?

dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -

salam.
Muqaddimah
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,

Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,

Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.

Peringatan juga buat diriku yang sering lupa…

Thursday, January 14, 2010

Quranic law of Attraction


Author-Rusdin S. Rauf

Publisher- PTS Millenia


Bismillah..bg aku buku ni amat bagus
Bagus.thumbs up!
Buku ni mesti dibaca oleh semua,
Aku kate mesti,
mesti dan mesti
Ntah. Istimewa sangat pengisiannya.
Banyak benda yang aku nak kongsi pasal buku ni,
kalau boleh nak type semula semuanya
Sebab semua best.


Ni sikit pengenalan buku ni.
Buku ni tajuk je dalam english,
Isi semua dalam bahasa melayu
Walaupun penulisnya orang indonesia.
Dalam ruangan bicara penulis,
Rusdin kata yang dia tulis buku ni lepas baca buku
The Secret by Rhonda Byrne, The Law of Attraction-Esther Hicks and ade 2,3 lagi lah
Semua nya pasal Law of attraction.
Kesimpulan Rusdin, Law of attraction ni semua dah ada,
Lengkap dalam Quran dan dah lama diajar oleh
Rasulullah..


Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Law of attraction.
Quranic Law of attraction pulak tuh,
Hoho.
Secara overallnya,
Law of attraction tu macam berfikiran positif lah.
Contohnya kalau kita asyik fikir yang kita akan berjaya, kita berjaya lah.tu la kuasa tarikan/law of attraction. Kalau asyik fikir gagal, gagal lah.
Fikiran kita atau lebih tepat lagi sangkaan kita, adalah doa, doa dalam senyap.
Walaupun banyak masalah, hadapi dengan tenang.
Bukankah Quran dah menyediakan semua jawapan bagi masalah-masalah kehidupan?
Maka, kenapa kita mesti takut menjalani kehidupan?
NIKMATI SAHAJA KEHIDUPAN INI!


Nikmati tu bukan macam take things for granted je.
Lakukanlah yang TERBAIK setiap apa yang kita buat.
Contoh yang dia bagi dalam buku ni
Kita nak solat zuhur,
Kita rehat sekejap dari kerja-kerja seharian.
Nikmati lah saat itu.
Ambillah wuduk dengan sempurna,
Rasakan butir-butir air sejuk ynag menyegarkan
Nikmatilah!
solat dengan sempurna.
Lepaskan beban hidup buat sementara waktu


Buku ni juga amat menitikberatkan soal syukur, sabar dan doa
Soal syukur.
Rasa syukur dapat bantu kita menghasilkan banayak
Getaran positif yang luar biasa.
Rusdin ajar cara hidupkan rasa kesyukuran dalam hati
Ada 3 langkah
1- yakinlah.
Kuatkan keyakinan masa berdoa untuk mendapat keinginan kita
2- Rasakanlah
Rasa dan gambarkan seolah-olah keinginan kita dikabulkan Allah
Apa yang kita nak buat dengan keinginan kita tu.
3- rebutlah
rebut ni macam kita kata dengan lisan apa yang kita inginkan.apa yang kita syukur.
Contoh macam- Ya, Allah, terima kasih ya Allah, aku bersyukur sangat engkau bagi aku rezeki hari ni, hidup yang selesa. Nikmat menggunakan komputer.
Camtulah lebih kurang.


Seterusnya,
Buku ni ajar cara-cara nak doa
Betulke yang kita dok doa hari-hari tu,
Memang keinginan hati kita.
Contohnya kita doa nak berjaya dapat 11A+ dalam spm
Hari-hari dok doa tu.
Tapi betul ke tu keinginan sebenar kita.
Yang akan membuat kita rasa cukup bahagia.
Atau sebaliknya, derita dalam bahagia,
Bertambahnya riak dalam hati..


Caranya ialah doa pada Allah
-Ya Allah, berikanlah aku petunjuk, apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup ini..
- Ya Allah, apa yang sebenarnya yang engkau inginkan dalam kehidupanku ini..berilah aku petunjukmu..
Jangan bosan dan letih berdoa..


Last skali, dalam buku ni ajar kita cara berinteraksi dengan quran
Quran mesti kena baca.
Baca beserta maknanya.
Walau sesibuk manapun, bacalah satu ayat.
Dan fahami maknanya.
Bagi merasakan kelazatan quran,
Sebaik-baiknya bacalah quran sebelum memulakan hari-hari kita.
Bacalah quran pada waktu pagi, sebelum subuh.
Waktu terbaik.
Sebab kita baru bangun tidur.
Masih segar.
Tapi sebenarnya tiada waktu khusus bagi baca quran.Boleh baca bila-bila masa.
Bagi yang uzur tu, bacalah terjemahan.


Gunakanlah doa-doa yang ada dalam quran,Contoh
al-a’raf:23 dan 89, maryam:4 dan 5,
Sesiapa yanag membaca quran hati jadi tenang, positif
” Jauhilah dari prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa.
Janganlah akmu mencari kesalahan orang lain,
Dan janagnlah anatara kamu yang memburuk-burukkan yang lain”. Al-hujurat:12.


Kerjakan solat malam.
Bangunlah pada waktu rahmat ini.
Kerana ini amalan kebiasaan orang soleh.


Juga waktu antara magrib dan isyak,
Sabda nabi: Sesiapa yang mengurung dirinya did dalam masjid anatara magrib dan isyak, tanpa mengucapkan sesutau, keculai solat dan bacaan quran, Pasti Tuhan dengan kasih sayangnya dan kemurahan hatinya mendirikan baginya dua istana di syurga, Jarak antaranyanya seperti jarak seratus thaun. Ditanam jug apohon-pohon di sepnjang jarak sejauh itu.


Huu..banyak lagi yang tertinggal ni.
Ini hanya sekelumit dari buku The Law of Attraction ni
Nasihat aku, ambillah mana-mana yang baik.
Then, kalau ada kesempatan,
Bacalah buku ni.
Hendak seribu daya kan?

Wednesday, January 6, 2010

novel~~ MIKHAIL.



Novel Mikhail

Genre- Thirller
Penulis- Ramlee Awang Murshid
Penerbit- Alaf 21


Memang thriller.
Pasal bunuh-bunuh.
Bunuh lagi.
Tapi citer ni ajar aku satu benda
Iaitu
Bersyukur!
Mesti bersyukur ade family.
Ade abah, ibu, kakak, adik-adik.
Terima kasih tuhan!

Tapi cerita ni memang best,best sangat.
And ending dia, touching,
Romantik!!
Ehhee..

Novel- Warkah cinta berbau surga~~~~


Novel warkah cinta berbau syurga
Selepas wardah pergi.
Balqis hadir ke sisi..

Namun..
Perlukah dia menyendiri?
Hingga tiba jemputan azali


Genre- cinta islamik
Penulis- A. Ubaidillah Alias
Publisher- PTS Millenia


Lepas habis bace novel ni
One word.
Best.
Tu je.
Mula-mula menyelak halaman prolog,
Disajikan dengan surat yang memang high class bahasanya.
Berbunga-bunga.
Dari Amir buat Wardah.
Mula-mula aku tak lah expect yang novel ni best.
Sebab bahasa dia bunga-bunga sangat.
Lagi satu cover dia tak cantik pada aku.
Tapi mane boleh
Judge a book by its cover kan.
Cerita ni berkisar pasal budak kelantan. Budak maahad.
Namanya Amir Mukhlisin. Handsome.

Pertama
pasal biah Hafiz quran.
Mereka amat tekun mengulang.
Dush-dush
Bertalu-talu tumbukan tepat ke mukaku.
Kerna aku seorang yang kurang rajin mengulang quran yang dah dihafal.
Sedih mengenang nasib diri.
Mesti berubah!!


Kedua
Ade hadis yang aku take note dari novel tuh.
Ustaz raziq nasihat si Amir ni.
- Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu, nescaya Allah akan mengajarkannya perkara yang dia tidak ketahui lagi.
- Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan sekalipun dibuat sedikit-sedikit.
Dush-dush buat sekian kalinya.
Tepat terkena pipi tembam ku.ohoh.
Kerna diri ini selalu hangat-hangat tahi ayam dalam ibadah sunat.
Ayuh teman.
Mari istiqamah dalam perkara kebaikan.
Lagi-lagi perkara sunat
Yang senang-senang mari jadi amalan setiap hari

Contoh macam solat tahajjud, solat dhuha , mathurat, solat hajat


Novel ni banyak menyorot latar mesir.
Sebab si Amir ni belajar kat mesir.
Agak detail lah pasal mesir.
Along! Novel ni sesuai gitu untuk awak!!

something to do with the holidays

Masa di maahad beberapa minggu dulu,

ustaz hijaz pesan.
Kalu ade blog, bagi la dia bermanfaat untuk orang lain.
Fikir.
Diriku ini tak la reti sangat nak post tazkirah buatan sendiri.
So lepas fikir dan fikir.
Aku mesti buat sesuatu.


Then timbullah idea untuk mengajak teman2 yang ade membace blog ni
Untuk mengambil sedikit sebanyak ilmu yang telah ku dapat dari
Buku-buku yang aku baca dalam masa cuti nih.
Kalau korang tak de buku ni pun
At least korang dapat la tahu and ambil pengajaran sikit-sikit.
Sekadar ingin menyampaikan ilmu yang aku dapat.


Range buku yang aku bace banyak,
Tapi mostly novel lah
Tabiat itu amat sukar dibuang.
Tapi kini memaksa diri untuk bace buku yang agak high classnya.


Untuk novel,
Aku janji, aku tak kan citer keseluruhan plot cerita.
Yelah mane tahu, kawan-kawan mahu bace novel tuh.
Nanti hilang lah curiosity terhadap cerita tu kan
So aku akan coret sedikit sebanyak pengajaran n ape-ape yang bestlah.