Sunday, January 31, 2010

bila semboyan nafsu diberikan,,,bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada segala kebaikan!

Salam~~



Satu lagi buku yang amat amat amat bagus.
Bab-babnya pendek-pendek. Setiap bab mepunyai cerita teladan yang amat memberi kesan. Disusuli pula dengan hadis qudsi yang menyentuh qalbu, menampar diri.

Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!!


Cerita orang Eskimo di Antartika memburu serigala menarik perhatian sebagai bahan berfikir. Untuk membunuhnya begitu sukar kerana serigala berjaya mengesan musuh dalam jarak yang jauh dan lari menyelamatkan diri. Mereka punya deria bau yang sangat hebat.


Oleh itu apakah yang dibuat oleh orang Eskimo?Mereka menyediakan bilah-bilah pisau nipis yang sangat tajam.Pisau-pisau ini direndam semalaman di dalam bekas berisi darah haiwan.


Keesokan harinya mereka meletakkan bilah-bilah pisau ini terdedah di tempat laluan serigala. Serigala yang tangkas deria baunya mula terangsang kepada bau darah daripada hembusan angin. Mereka mula menghidu-hidu dan sampai ke pisau-pisau tersebut.


Tanpa bertangguh serigala-serigala itu menjilat bilah-bilah mata pisau tersebut dengan rakus. Setelah sekian lama menjilat, barulah lidah terasa pedih bersangatan. Malangnya sudah terlewat kerana lidah mereka luka terukdan koyak rabak dengan kesan terhiris-hiris.


Serigala malang ini biasanya akan mati. Darah yang tidak dapat ditahan bercucuran keluar melalui luka yang dalam. Bagi yang mampu bertahan pula akan mati kebulurankemudiannya kerana kesakitan yang tidak tertanggung akibat daripada luka parah, lidah membusuk dan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa makanan.

Mari kita fikirkan, serigala itu sudah tentu tidak tergamak untuk menjilat bilah mata pisau yang tajam berkilat. Tetapi keghairahan terhadap bau darah menyebabkan mereka menjilat-jilat tanpa sempat berfikir apapun.


Hakikat yang perlu kita sedari dalam hidup ini adalah banyak sekali perkara seronok dan menghiburkan dan indah pada pandangan nafsu, sebenarnya membinasakan. Contohnya bercouple bercinta sebelum kahwin, melakukan zina (hati, mata, anggota badan) , jauh dengan Allah..semuanya membinasakan..memanglah seronok..macam serigala tu jilat darah..tapi lama-lama hati kita yang akan luka berdarah parah , akibat dosa yang menggunung..


Keghairahan mematikan rasional, membutakan hati lantas melakukan perkara keji.Sentiasalah sedar, tentang bahayanya bujukan hawa nafsu. Yakinlah apabila semboyan nafsu dibunyikan bolehlah memberi ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!!


Saya terfikir, bagaimana rasa ngilunya lidah kalau kita menjilat mata pisau cukur?

3 comments:

serikandi harapan said...

mahu baca juga!
:)
nanti post ke mesir bolehhh? :p

preciousnafisah said...

boleh2..banyak lagi cerita hebat dalam buku ini along

✿ SitiZubaidah.S ✿ said...

alhamdulillah dah baca buku nie...best..